Tuesday, 30 June 2020

PRIMAS-MALAYSIA



(PERSATUAN PENDIDIKAN DAN REHABILITASI KANAK-KANAK ISTIMEWA,
IBU  TUNGGAL, KESIHATAN MINDA DAN WARGA EMAS MALAYSIA)


  1. PRIMAS adalah cetusan idea daripada dua insan yang sangat prihatin terhadap cabaran yang dihadapi oleh golongan kanak-kanak istimewa, pesakit minda dan warga emas. Mereka ialah Dr Faridah Abu Bakar, Pegawai Kesihatan Keluarga, Jabatan Kesihatan Negeri Perak ketika itu (2005) dan Puan Hajjah Latun Azizah Kamarudin, bekas Pensyarah Pendidikan Khas di Kementerian Pelajaran Malaysia. Oleh itu, berlakulah Penubuhan PRIMAS pada tahun 2005 sebagai Committee Ad-hoc (AJK sementara)

  2. Dengan bantuan beberapa staf Klinik Kesihatan Tanjung Malim, Puan Hajah Latun Azizah Kamarudin berjaya menubuhkan PRIMAS secara rasminya pada 8 Oktober 2007, di bawah Akta Pertubuhan 1966, Seksyen 7 dan Peraturan-peraturan Pertubuhan 1984.
  1. Sebagai Badan Bukan Berkanun Kerajaan (NGO) PRIMAS bergerak pada mulanya membantu Klinik Kesihatan Tanjung Malim di unit Psychological Social Rehabilitation (PSR). PRIMAS meluaskan skopnya ke masyarakat Tanjung Malim untuk membantu anggota masyarakat menanamkan keprihatinan terhadap kesihatan diri sendiri sambil memberi kesedaran terhadap bantuan yang perlu diberi kepada 3 kumpulan sasaran PRIMAS.
  1. PRIMAS sekarang beroperasi di Rumah Rehat Tanjung Malim di mana pengusahanya ialah Puan Hajjah Latun Azizah Kamarudin sendiri, selepas didapati Klinik Kesihatan Tanjung Malim tidak sesuai dijadikan pusat aktiviti PRIMAS.
     
  2. Ahli-ahli adalah seperti berikut :
    • Ahli Biasa
    • Ahli Bersekutu
    • Ahli Kehormat
  3. Bayaran yuran adalah seperti berikut :

    Ahli Biasa                  
    Yuran  Pendaftaran RM 10.00

    Yuran Keahlian  RM10.00

    Ahli Bersekutu
    Dikecualikan daripada apa-apa bayaran


    Ahli Kehormat   

    Dikecualikan daripada apa-apa bayaran  namun  boleh memberikan sumbangan kewangan.

Semua ahli adalah ahli seumur hidup. Jika seorang ahli keluarga menjadi ahli, adalah dianggap semua ahli keluarga menjadi ahli PRIMAS, kecuali ada salah seorang ahli keluarga yang kemudian pindah ke rumah berasingan, ahli keluarga perlu menjadi ahli baru.